Monday, November 29, 2010

Futsal dan Bola Jaring

Kepada yang berminat untuk menyertai aktiviti futsal dan bola jaring, sila emel nama penuh, nombor ic, alamat dan nama kumpulan ke ikramjbt@gmail.com atau boleh call Ahmad di 013-7564068

Satu team futsal harus mengandungi 5 pemain dan 2 simpanan. Kalau nak import dari daerah lain boleh tapi tak boleh lebih dari 3 orang.

Bagi bola jaring pula, satu team mengandungi 7 pemain dan 3 simpanan. Kalau nak import dari daerah lain boleh tapi tak boleh lebih dari 4 orang.

Thursday, November 25, 2010

Tarikh Tutup Pertandingan Minda Kreatif

Tarikh tutup untuk Pertandingan Minda Kreatif telah dilanjutkan sehingga
15 Disember 2010
Jadi adik-adik! Ada masa lagi untuk submit penyertaan anda! Yay!
Sila klik sini untuk mengetahui lebih lanjut 

Saturday, November 20, 2010

Syarat Utama

Pakej Cuti Sekolah IKRAM ini adalah khas untuk:
  1. Remaja sekitar Johor Bahru Tengah (Tmn U, Mutiara Rini, Pulai Utama, Sri Skudai, Desa Skudai, Taman Perling, Gelang Patah, Taman Tun Aminah dan lain-lain yang sama waktu dengannya)
  2. Lingkungan umur adalah antara 13-17 tahun sahaja...senang cerita dari Tingkatan 1 hingga Tingkatan 5...
  3. Kalau yang Tingkatan 6 nak join pun boleh...amat dialu-alukan...

Sunday, November 14, 2010

JOM JOIN KAMI!

Assalamualaikum wrt wbt dan salam sejahtera buat adik-adik semua.

Kami daripada Jawatankuasa Pemuda Remaja Belia IKRAM Johor Bahru Tengah, dengan sukacitanya nak ajak adik-adik join kami time cuti sekolah ni.

6 minggu yang adik-adik ada dirumah, jom lah kita penuhkan dengan aktiviti-aktiviti berfaedah. Bagi adik-adik yang tinggal atau bersekolah di kawasan Perbandaran Johor Bahru Tengah, bolehlah join Pakej Cuti Sekolah bersama IKRAM!

Di antara aktiviti menarik yang akan di adakan adalah:

1. Pertandingan Minda Kreatif & Idea Kreatif.
2. Kejohanan Futsal & Netball
3. ExploRace

Semua aktiviti ni akan diadakan sepanjang bulan 11 dan bulan 12 ini. Nanti sebarang informasi terkini, adik-adik boleh dapatkan di sini. Atau boleh telefon/sms kami 019-7833082 (Kak Mira), 013-7564068 (Abg Ahmad) untuk maklumat lanjunt.

Pastikan adik-adik dapat kebenaran mak ayah tau! Bayaran dia sikit je, RM15 je untuk tiga-tiga aktiviti.

Semoga adik-adik bersemangat untuk mengisi masa lapang dengan aktiviti-aktiviti yang lebih bermanfaat cuti sekolah ni.

Ape lagi adik-adik, JOM!! Ajak kawan-kawan sekali! HADIAH MENARIK menanti para pemenang!

Love Always,
Kak Mira

Wednesday, November 10, 2010

Pertandingan Minda Kreatif

Pertandingan Merekabentuk Wallpaper

1. Rekabentuk anda mesti mengikut tema seperti yang disediakan. Terdapat 3 tema berbeza yang anda boleh pilih untuk menghasilkan wallpaper anda. 3 pilihan tersebut adalah seperti berikut:
  • My World, Green World.
  • Love Islam.
  • Smart Innovation.

2. Wallpaper yang anda reka mesti menepati spesifikasi-spesifikasi berikut:
  • Saiz wallpaper anda mesti berukuran 800 x 600 atau 1024 x 768.
  • Rekabentuk wallpaper anda mesti menepati tema.
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan wallpaper yang terbaik.

3. Penyertaan individu atau kumpulan. Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

4. Emel rekabentuk wallpaper anda dalam bentuk format JPEG ke ikramjbt@gmail.com


5. Anda juga perlu sertakan source file design anda.



Pertandingan Idea Kreatif


Dalam pertandingan ini, anda akan diberi beberapa masalah dan anda perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Fikirkan idea yang paling kreatif.

1.0 Pengenalan
Pembaziran merupakan amalan yang buruk dan ia sangat dibenci oleh Allah dan Rasul. Salah satu amalan pembaziran yang berleluasa berlaku tetapi tidak disedari oleh umat Islam ialah pembaziran air di masjid-masjid dan surau-surau. Menggunakan idea yang kreatif, cadangkan jalan penyelesaian atau pendekatan-pendekatan yang sesuai dan praktikal untuk menyelesaikan masalah ini.


2.0 Kriteria Penilaian
Cadangan idea anda mesti memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  1. Mengenalpasti masalah dah punca-puncanya.
  2. Mencadangkan penyelesaian dalam bentuk pendekatan, kaedah atau proses.
  3. Mengenalpasti hasil yang dijangkakan.

Perincian kriteria adalah seperit berikut:


Kategori Kriteria
Unsur Penilaian
Markah (%)
Mengenalpasti masalah
1)      Kebolehan mengenalpasti bentuk masalah.
2)      Kebolehan mengenalpasti punca-punca masalah.
20
Cadangan penyelesaian
1)      Baru dan praktikal.
2)      Tidak konvensional (bukan biasa)
3)      Inovatif
60
Hasil jangkaan
1)      Adakah ia menghasilkan penjimatan?
2)  Menghasilkan kaedah atau proses yang lebih berkesan.
3)      Memudahkan proses kerja.
20

  • Peserta digalakkan untuk menggunakan grafik, gambarajah dan seumpamanya untuk meyokong cadangan idea yang dikemukakan.
  •  Penulisan yang disertakan dengan hujan-hujan nas Al-Quran dan Hadis akan diberi pertimbangan istimewa.


3.0 Arahan Penyertaan
  1. Anda dikehendaki untuk menjelaskan idea anda dalam bentuk penulisan karangan.
  2. Font yang digunakan mesti berjenis Times New Roman dan bersaiz 12.
  3. Emelkan idea anda ke ikramjbt@gmail.com
  4. Sertakan nama penuh, no kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat emel, nama sekolah, dan tingkatan dalam emel anda.

4.0 Syarat-syarat Penyertaan
  1. Peserta adalah terdiri dari pelajar sekolah warganegara Malaysia dan berumur di antara 13-17 tahun.
  2. Peserta samada tinggal atau bersekolah di kawasan Perbandaran Johor Bahru Tengah sahaja.
  3. Pertandingan ini adalah berbentuk penyertaan individu atau kumpulan.
  4. Setiap individu atau kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  5. Semua penyertaan mesti dihantar melalui emel selewat-lewatnya pada 30 November 2010.
  6. Setiap penyertaan akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh IKRAM Johor Bahru Tengah dan keputusan Panel Hakim adalah muktamad.