Monday, December 6, 2010

Tempat Futsal

Futsal pada 11 Disember 2010 ini akan dibuat di
Pulai Utama
8 AM - 12 PM
Jumpa di sana!
*makanan dan minuman disediakan tapi kalau nak bawa air sendiri pun boleh kalau rasa tak cukup...

Thursday, December 2, 2010

Pertukaran PERMAINAN

GOOD NEWS!


Buat adik-adik perempuan. Disebabkan beberapa masalah teknikal, kami terpaksa menukar Kejohanan Bola Jaring kepada Pertandingan Bowling! Ha, lagi best!


Ok, sekarang ni telah dibuka penyertaan buat Pertandingan Bowling.

Adik-adik boleh menyertai dalam kumpulan (4 org satu kumpulan) atau secara individu.


Dapatkan kebenaran dari Mak Ayah!


Tarikh: 11hb December 2010
Tempat: akan diberitahu kemudian
BAYARAN: Jika adik-adik menyertai 3 pakej cuti sekolah, bayaran RM15. Tp kalau nak sertai Bowling sahaja, bayaran tetap RM15. Ha, kan rugi.. baik sertai SEMUA!

Ape lagi! JOM LAAAAA

Tawaran Pakej 2

PAKEJ ke2 PAKEJ CUTI SEKOLAH bersama IKRAM (form 1-6)

Kejohanan Futsal (Lelaki ) & Bowling (Perempuan)
Tarikh: 11hb December 2010
BAYARAN: 3 Pakej RM15 sahaja! (Jika hanya menyertai satu pakej, bayaran masih RM15.



PAKEJ 1: Pertandingan Minda Kreatif/Pertandingan Idea Kreatif
PAKEJ 2: Futsal & Bowling
PAKEJ 3: ExploRace!

SERTAI sekarang! Tempat terhad!
Futsal boleh mendaftar mengikut kumpulan rakan-rakan
Bowling boleh secara kumpulan atau individu!

CEPAT CEPAT! Tarikh tutup penyertaan 7hb December 2010!

Hubungi:
1. Ahmad Taufiq (Futsal) 0137564068
2. Aizat Atikah (Bowling) 0138201385

Wednesday, December 1, 2010

PERTUKARAN TARIKH

Assalamualaikum WRT WBT semua

Untuk makluman semua adik-adik, tarikh akhir penyertaan Pertandingan Minda Kreatif telah dilanjutkan ke 15 DISEMBER 2010.

Banyak lagi masa tu! Ape lagi, jgn lepaskan peluang!

Boleh buat secara berkumpulan atau secara individu. Sertai bersama keluarga atau rakan-rakan!

JOM kita manfaatkan cuti sekolah kita!

Syarat-syarat Pertandingan Minda Kreatif

Pertandingan Merekabentuk Wallpaper

1. Rekabentuk anda mesti mengikut tema seperti yang disediakan. Terdapat 3 tema berbeza yang anda boleh pilih untuk menghasilkan wallpaper anda. 3 pilihan tersebut adalah seperti berikut:
  • My World, Green World.
  • Love Islam.
  • Smart Innovation.

2. Wallpaper yang anda reka mesti menepati spesifikasi-spesifikasi berikut:
  • Saiz wallpaper anda mesti berukuran 800 x 600 atau 1024 x 768.
  • Rekabentuk wallpaper anda mesti menepati tema.
  • Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan wallpaper yang terbaik.

3. Penyertaan individu atau kumpulan. Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.

4. Emel rekabentuk wallpaper anda dalam bentuk format JPEG ke ikramjbt@gmail.com


5. Anda juga perlu sertakan source file design anda.



Pertandingan Idea Kreatif


Dalam pertandingan ini, anda akan diberi beberapa masalah dan anda perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Fikirkan idea yang paling kreatif.

1.0 Pengenalan
Pembaziran merupakan amalan yang buruk dan ia sangat dibenci oleh Allah dan Rasul. Salah satu amalan pembaziran yang berleluasa berlaku tetapi tidak disedari oleh umat Islam ialah pembaziran air di masjid-masjid dan surau-surau. Menggunakan idea yang kreatif, cadangkan jalan penyelesaian atau pendekatan-pendekatan yang sesuai dan praktikal untuk menyelesaikan masalah ini.


2.0 Kriteria Penilaian
Cadangan idea anda mesti memenuhi kriteria-kriteria berikut:
  1. Mengenalpasti masalah dah punca-puncanya.
  2. Mencadangkan penyelesaian dalam bentuk pendekatan, kaedah atau proses.
  3. Mengenalpasti hasil yang dijangkakan.

Perincian kriteria adalah seperit berikut:


Kategori Kriteria
Unsur Penilaian
Markah (%)
Mengenalpasti masalah
1)      Kebolehan mengenalpasti bentuk masalah.
2)      Kebolehan mengenalpasti punca-punca masalah.
20
Cadangan penyelesaian
1)      Baru dan praktikal.
2)      Tidak konvensional (bukan biasa)
3)      Inovatif
60
Hasil jangkaan
1)      Adakah ia menghasilkan penjimatan?
2)  Menghasilkan kaedah atau proses yang lebih berkesan.
3)      Memudahkan proses kerja.
20

  • Peserta digalakkan untuk menggunakan grafik, gambarajah dan seumpamanya untuk meyokong cadangan idea yang dikemukakan.
  •  Penulisan yang disertakan dengan hujan-hujan nas Al-Quran dan Hadis akan diberi pertimbangan istimewa.


3.0 Arahan Penyertaan
  1. Anda dikehendaki untuk menjelaskan idea anda dalam bentuk penulisan karangan.
  2. Font yang digunakan mesti berjenis Times New Roman dan bersaiz 12.
  3. Emelkan idea anda ke ikramjbt@gmail.com
  4. Sertakan nama penuh, no kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat emel, nama sekolah, dan tingkatan dalam emel anda.

4.0 Syarat-syarat Penyertaan
  1. Peserta adalah terdiri dari pelajar sekolah warganegara Malaysia dan berumur di antara 13-17 tahun.
  2. Peserta samada tinggal atau bersekolah di kawasan Perbandaran Johor Bahru Tengah sahaja.
  3. Pertandingan ini adalah berbentuk penyertaan individu atau kumpulan.
  4. Setiap individu atau kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
  5. Semua penyertaan mesti dihantar melalui emel selewat-lewatnya pada 30 November 2010.
  6. Setiap penyertaan akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh IKRAM Johor Bahru Tengah dan keputusan Panel Hakim adalah muktamad.

Contoh-contoh wallpaper



Perhatian

Buat adik-adik yang nak join PCS IKRAM JBT, mungkin ada yang silap faham pasal bayaran...RM15 adalah untuk ketiga-tiga pakej, bukan setiap satu pakej RM5...jadi kalau masuk futsal atau bola jaring je memang rugi la sebab bayar RM15 tapi main futsal atau bola jaring je...so kena masuk semua eh...sebab nanti ada explore race 25 Disember...best wooo!!! 

1. Minda Kreatif (sekarang - 15 Dis)
2. Sukan (11 Dis)
3. Explore Race (25 Dis)

Pakej Cuti Sekolah Bersama IKRAM 2010

Klik pada gambar utk melihat dengan lebih jelas!