1. Rekabentuk anda mesti mengikut tema seperti yang disediakan. Terdapat 3 tema berbeza yang anda boleh pilih untuk menghasilkan wallpaper anda. 3 pilihan tersebut adalah seperti berikut:
- My World, Green World.
- Love Islam.
- Smart Innovation.
2. Wallpaper yang anda reka mesti menepati spesifikasi-spesifikasi berikut:
- Saiz wallpaper anda mesti berukuran 800 x 600 atau 1024 x 768.
- Rekabentuk wallpaper anda mesti menepati tema.
- Gunakan kreativiti anda dalam menghasilkan wallpaper yang terbaik.
3. Penyertaan individu atau kumpulan. Boleh menghantar lebih dari satu penyertaan.
4. Emel rekabentuk wallpaper anda dalam bentuk format JPEG ke ikramjbt@gmail.com
5. Anda juga perlu sertakan source file design anda.
Pertandingan Idea Kreatif
Dalam pertandingan ini, anda akan diberi beberapa masalah dan anda perlu memikirkan jalan penyelesaian yang terbaik. Fikirkan idea yang paling kreatif.
1.0 Pengenalan
Pembaziran merupakan amalan yang buruk dan ia sangat dibenci oleh Allah dan Rasul. Salah satu amalan pembaziran yang berleluasa berlaku tetapi tidak disedari oleh umat Islam ialah pembaziran air di masjid-masjid dan surau-surau. Menggunakan idea yang kreatif, cadangkan jalan penyelesaian atau pendekatan-pendekatan yang sesuai dan praktikal untuk menyelesaikan masalah ini.
2.0 Kriteria Penilaian
Cadangan idea anda mesti memenuhi kriteria-kriteria berikut:
- Mengenalpasti masalah dah punca-puncanya.
- Mencadangkan penyelesaian dalam bentuk pendekatan, kaedah atau proses.
- Mengenalpasti hasil yang dijangkakan.
Perincian kriteria adalah seperit berikut:
Kategori Kriteria | Unsur Penilaian | Markah (%) |
Mengenalpasti masalah | 1) Kebolehan mengenalpasti bentuk masalah. 2) Kebolehan mengenalpasti punca-punca masalah. | 20 |
Cadangan penyelesaian | 1) Baru dan praktikal. 2) Tidak konvensional (bukan biasa) 3) Inovatif | 60 |
Hasil jangkaan | 1) Adakah ia menghasilkan penjimatan? 2) Menghasilkan kaedah atau proses yang lebih berkesan. 3) Memudahkan proses kerja. | 20 |
- Peserta digalakkan untuk menggunakan grafik, gambarajah dan seumpamanya untuk meyokong cadangan idea yang dikemukakan.
- Penulisan yang disertakan dengan hujan-hujan nas Al-Quran dan Hadis akan diberi pertimbangan istimewa.
3.0 Arahan Penyertaan
- Anda dikehendaki untuk menjelaskan idea anda dalam bentuk penulisan karangan.
- Font yang digunakan mesti berjenis Times New Roman dan bersaiz 12.
- Emelkan idea anda ke ikramjbt@gmail.com
- Sertakan nama penuh, no kad pengenalan, alamat penuh, nombor telefon rumah, nombor telefon bimbit, alamat emel, nama sekolah, dan tingkatan dalam emel anda.
4.0 Syarat-syarat Penyertaan
- Peserta adalah terdiri dari pelajar sekolah warganegara Malaysia dan berumur di antara 13-17 tahun.
- Peserta samada tinggal atau bersekolah di kawasan Perbandaran Johor Bahru Tengah sahaja.
- Pertandingan ini adalah berbentuk penyertaan individu atau kumpulan.
- Setiap individu atau kumpulan hanya dibenarkan menghantar satu penyertaan sahaja.
- Semua penyertaan mesti dihantar melalui emel selewat-lewatnya pada 30 November 2010.
- Setiap penyertaan akan dinilai oleh Panel Hakim yang dilantik oleh IKRAM Johor Bahru Tengah dan keputusan Panel Hakim adalah muktamad.
No comments:
Post a Comment